You have turned off cookies for this site. Please enable cookies for a better browsing experience.
Please upgrade your web browser
You are using an unsupported browser. See our supported browsers to enjoy the very best experience of our site.

Undang-undang dan privasi

Dasar Privasi Pelanggan Cathay Pacific

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Cathay Pacific1, anda memberi kepercayaan kepada kami untuk menyimpan maklumat peribadi (Data Peribadi) anda. Dasar Privasi Pelanggan Cathay Pacific (Dasar Privasi) menjelaskan tentang jenis data yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya.

Dasar Privasi juga diguna pakai ketika anda membeli pakej perjalanan daripada kami atau Cathay Holidays Limited (atau anak syarikatnya).

Cathay Pacific juga menawarkan Kelab Marco Polo, program kesetiaan kami. Jika anda adalah ahli Kelab Marco Polo atau pemegang Akaun Berdaftar, Dasar Privasi ini juga menjelaskan tentang cara penggunaan dan perkongsian sebarang maklumat Data Peribadi berkaitan keahlian anda oleh Cathay Pacific.

Program Asia Miles mempunyai dasar privasi sendiri. Jadi, jika anda memberi sebarang Data Peribadi sebagai sebahagian daripada program kesetiaan Asia Miles, kami mencadangkan supaya anda membaca dasar itu juga.

1. Komitmen Kami untuk Melindungi Privasi Anda

Di Cathay Pacific, kami komited untuk melindungi Data Peribadi dan privasi anda.  Bagi memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang termaklum dan berasa yakin untuk berkongsi maklumat peribadi tertentu dengan kami, sila baca Dasar Privasi ini bagi memahami tentang pihak yang mempunyai akses kepada Data Peribadi anda dan tujuannya serta pilihan yang anda ada berkenaan cara kami mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda. Kami juga menyediakan notis pengumpulan maklumat peribadi lebih lanjut yang menekankan penggunaan Data Peribadi anda bersama pilihan untuk membenarkan atau tidak membenarkan penggunaan tertentu apabila kami mengumpulkan data daripada anda.

Undang-undang sesetengah negara menghendaki supaya kami menyediakan anda dengan maklumat tambahan tentang aktiviti pemprosesan kami dan kami sudah menyediakan lampiran berasingan bagi memenuhi keperluan undang-undang ini. Selain dokumen ini, sila rujuk kepada lampiran yang berkaitan dengan anda.

Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan kepada Dasar Privasi kami termasuk menyiarkan dasar yang telah disemak di www.cathaypacific.com. Perubahan akan berkuat kuasa bermula dari tarikh ia disiarkan.

 

2. Data Peribadi yang Kami Kumpul

2.1 Kami akan mengumpul dan memproses sebahagian atau semua Data Peribadi tentang anda seperti berikut:

Maklumat peribadi seperti nama anda, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, nama ibu bapa/penjaga dan maklumat hubungan, dokumen perjalanan, maklumat hubungan anda dan gambar serta imej lain.

Maklumat pembayaran yang digunakan untuk membeli produk dan perkhidmatan kami seperti nombor kad kredit atau kad debit serta tarikh tamat tempoh, maklumat akaun berkaitan dengan perkhidmatan bayaran lain (seperti perkhidmatan bayaran dalam talian, mudah alih atau mata wang maya) dan maklumat pengebilan;

Maklumat tentang urusan perjalanan anda seperti jadual perjalanan, pilihan hotel, pilihan lawatan anda, sewaan kenderaan atau tambahan lain kepada pakej perjalanan anda, butiran teman seperjalanan atau individu yang membantu anda, aktiviti anda di ruang perlepasan dan ketibaan lapangan terbang, ahli kumpulan penebusan anda, keutamaan tempat duduk dan makanan serta sebarang maklumat berkaitan dengan bantuan khas yang anda perlukan seperti keperluan pemakanan atau isu kesihatan;

Maklumat yang diberikan semasa pendaftaran Kelab Marco Polo, nombor keahlian, nama pengguna, rekod aktiviti perolehan dan penebusan anda serta butiran ahli kumpulan penebusan anda; 

Maklumat seperti rancangan perjalanan terdahulu, maklum balas tentang pengalaman anda, butiran kehilangan bagasi dan tuntutan lain, penggunaan anda tentang sistem hiburan dalam penerbangan dan ketersambungan dalam penerbangan serta imej yang diambil melalui CCTV di ruang istirehat lapangan terbang dan pesawat kami;

Maklumat yang kami kumpulkan tentang minat, keutamaan dan pendapat anda seperti hobi, destinasi pilihan anda dan produk yang anda beli dalam penerbangan;

Rekod tentang interaksi dan surat-menyurat antara kami dan anda seperti panggilan telefon yang dibuat melalui pusat panggilan kami, sebarang interaksi anda dengan pekerja atau wakil kami (termasuk ketika berada dalam penerbangan kami) dan sebarang interaksi dengan kami atau siaran yang dibuat mengenai kami di media sosial;

Maklum balas yang anda berikan kepada tinjauan pasaran dan pertandingan yang kami jalankan atau dijalankan bagi pihak kami;

Butiran lawatan anda ke laman web kami, penggunaan anda bagi platform media sosial dan aplikasi mudah alih serta maklumat lain yang dikumpulkan melalui cookies dan teknologi penjejakan lain termasuk maklumat yang anda tinjau. Kami juga mengumpulkan maklumat umum mengenai anda secara dalam talian termasuk profil media sosial anda; dan

Jika anda adalah pekerja atau individu lain yang melakukan perjalanan atau mendapatkan produk atau perkhidmatan berkaitan dengan klien korporat atau kerajaan kami, maklumat tertentu tentang pekerjaan, perhubungan dengan klien korporat atau kerajaan kami seperti nama majikan anda, jawatan profesional anda dan maklumat hubungan tempat kerja anda akan kami kumpulkan;

2.2 Data Peribadi Tertentu (iaitu butiran dokumen perjalanan, bayaran dan maklumat hubungan anda) adalah diperlukan bagi pelbagai produk dan perkhidmatan kami. Jika anda gagal untuk menyediakan Data Peribadi yang diperlukan bagi perkhidmatan tertentu, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan penuh untuk anda.

 

3. Cara kami mengumpul Data Peribadi

3.1 Kami akan mengumpulkan sebahagian Data Peribadi secara terus menerus daripada anda.  Kami akan mengumpulkan Data peribadi lain daripada pihak ketiga termasuk: (a) ejen perjalanan (termasuk pengurus perjalanan korporat) dan individu lain yang membuat tempahan atau sebaliknya berinteraksi dengan kami bagi pihak anda; (b) penyedia perkhidmatan kami dan ejen seperti ejen pengendali penerbangan kami di darat yang membantu anda ketika daftar masuk dan menaiki kapal terbang atau ejen pusat panggilan yang menyediakan perkhidmatan pelanggan; (c) pihak ketiga seperti syarikat penerbangan lain, penyedia perkhidmatan berkaitan perjalanan lain; (d) rakan niaga pemasaran pihak ketiga; (e) pihak ketiga yang menjadi rakan kongsi berhubung dengan Kelab Marco Polo, termasuk pengeluar kad kredit, pengendali hotel, peruncit dan restoran; (f) pengendali pihak rakan kongsi program kesetiaan seperti Asia Miles; (g) organisasi yang menjalankan pemeriksaan berkenaan dengan kredit, penipuan dan penumpang lain; (h) imigresen, kastam, keselamatan sempadan dan badan penguatkuasaan undang-undang, pegawai lapangan terbang dan badan kerajaan atau pengawalaturan lain; (i) penyedia laman web, aplikasi dan platform media sosial pihak ketiga.

3.2 Jika anda memberi kami maklumat tentang individu lain, tidak kira sama ada anda melakukan perjalanan bersama atau tidak, anda perlu menjelaskan kepada mereka dan memberitahu mereka tempat untuk mendapatkan salinan Dasar Privasi ini.

 

4. Tujuan kami untuk mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda

4.1 Apabila anda berkongsi maklumat dengan kami, anda membantu kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Ini adalah antara cara kami menggunakan Data Peribadi anda:

Bagi menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda serta memproses dan mentadbir pengaturan perjalanan anda, menghubungi anda tentang pengurusan perjalanan anda dan menghantar komunikasi yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada anda, menyampaikan faedah serta perkhidmatan berkaitan pakej perjalanan anda,  mengenal pasti dan mengesahkan identiti anda berkaitan dengan perkhidmatan yang kami sediakan, menyediakan atau memudahkan sebarang bantuan khas yang mungkin anda perlukan;

Menyesuaikan dan memperibadikan produk serta perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda termasuk memberikan butiran anda kepada pekerja dan anak kapal kami supaya mereka boleh menyambut anda secara peribadi serta mengenal pasti program kesetiaan anda, contohnya jika anda adalah ahli Diamond Kelab Marco Polo.  Kami juga boleh menyesuaikan komunikasi kami dengan anda dan memadankan layanan kami bagi menepati keutamaan dan minat anda;

Bagi tujuan sokongan pelanggan seperti memberi maklum balas kepada permintaan dan pertanyaan anda, menyediakan bantuan kepada anda berkaitan isu-isu seperti penebusan bagasi dan kelewatan penerbangan;

Bagi memberikan komunikasi pemasaran kepada anda seperti yang dijelaskan dengan lebih lanjut pada bahagian [6] di bawah;

Jika anda adalah ahli program kesetiaan kami, Data Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda akan digunakan untuk pengendalian Kelab Marco Polo dan untuk memastikan bahawa anda mendapat manfaat daripada program kesetiaan kami dan rakan kongsi lain termasuk untuk menjejak aktiviti perolehan dan penebusan serta rekod perjalanan anda.  Jika anda adalah ahli Asia Miles dan sudah memberikan keizinan kepada kami, kami juga akan berkongsi Data Peribadi anda dengan Asia Miles supaya mereka boleh menghantar butiran mengenai sebarang tawaran dan promosi berkaitan dengan perjalanan anda bersama kami yang mungkin menarik minat anda;

Bagi menguruskan kempen, peraduan dan cabutan bertuah yang dijalankan oleh pihak kami apabila anda memilih untuk menyertainya termasuk mendedahkan pemenang sebarang peraduan tersebut;

Bagi tujuan untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami untuk manfaat pelanggan secara umum, termasuk memastikan laman web dan halaman web (termasuk laman media sosial) berfungsi dengan betul dan mengikut keutamaan serta situasi anda;

Bagi menepati kewajipan undang-undang dan pengawalaturan kami serta memastikan keselamatan dan perlindungan semua pekerja serta penumpang;

Bagi tujuan undang-undang dan pentadbiran seperti menentusahkan dan memproses bayaran, saringan terhadap penipuan, saringan terhadap tempahan salah guna, pengubahan wang haram dan jenayah atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang, perakaunan, tujuan pengebilan dan pengauditan, membangun, memelihara dan menguji sistem kami, untuk pengendalian tuntutan serta untuk memahami, melaksanakan, menguatkuasakan atau menjaga hak undang-undang kami dan semua pihak yang berkaitan.

5. Pihak yang kami berkongsi Data Peribadi anda

Pada situasi tertentu, kami akan mendedahkan Data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di bawah:

Kami akan membenarkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami termasuk ejen, kontraktor dan syarikat kumpulan Cathay Pacific yang lain untuk menggunakan Data peribadi anda bagi pihak kami untuk tujuan seperti yang dijelaskan dalam bahagian 4.  Contoh pihak ketiga adalah termasuk ejen pengendali penerbangan kami di darat yang membantu anda ketika proses daftar masuk serta menaiki kapal terbang, pengendali ruang istirehat lapangan terbang, pengendali sistem IT dan ejen pusat panggilan kami. Kami juga akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga bagi memudahkan sebarang pengaturan khas yang mungkin anda perlukan seperti berurusan dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk menyediakan bantuan kerusi roda atau penyedia katering bagi menyesuaikan sebarang permintaan makanan khas.

Bagi memudahkan dan menguruskan perjalanan anda, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti syarikat penerbangan lain (termasuk syarikat penerbangan rakan kongsi oneworld, syarikat penerbangan rakan kongsi dan codeshare lain), rakan kongsi hotel, pengendali kenderaan darat dan laut, serta ejen pelancongan atau individu lain yang berinteraksi dengan kami bagi pihak anda.

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga supaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan atau menjalankan aktiviti pemasaran, interaksi sosial bagi pihak kami seperti kempen, peraduan, cabutan bertuah, kajian pemasaran, tinjauan pelanggan dan analitis data untuk membantu kami memperbaiki serta menyesuaikan aktiviti pemasaran, produk dan perkhidmatan kami.  Tertakluk kepada persetujuan yang diperolehi daripada anda, kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada rakan kongsi pemasaran pihak ketiga kami supaya mereka boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada anda. Jika anda adalah ahli Asia Miles, kami juga akan berkongsi Data Peribadi anda dengan Asia Miles bagi tujuan di atas, dan juga untuk membolehkan Asia Miles menggabungkan Data Peribadi anda dengan rekod sedia ada tentang anda yang disimpan oleh mereka.

Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada Program Kesetiaan Asia Miles atau pengendali program kesetiaan rakan kongsi kami untuk memudahkan penglibatan anda dalam program yang berkaitan.

Bagi pekerja, individu yang melakukan perjalanan atau mereka yang mendapatkan produk dan perkhidmatan berkaitan dengan salah satu klien korporat dan kerajaan kami, kami akan mendedahkan butiran dan maklumat perjalanan anda berhubung dengan penggunaan perkhidmatan kami kepada klien korporat dan kerajaan tersebut.

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak berkuasa kerajaan dan pengawalaturan, badan serta organisasi seperti imigresen, kastam, keselamatan sempadan, pihak berkuasa lapangan terbang, penyelesaian pertikaian, badan badan pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang, penasihat undang-undang, organisasi yang menjalankan pemeriksaan kredit, penipuan dan penumpang lain serta individu lain, badan dan organisasi lain bagi tujuan menepati kewajipan undang-undang kami.  Kami juga akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada individu, badan dan organisasi untuk tujuan keselamatan serta perlindungan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda dan sebaliknya bagi tujuan pentadbiran dan undang-undang.

6. Pemasaran

6.1 Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi untuk tujuan promosi dan pemasaran termasuk (i) menghantar atau memaparkan kemas kini berita, tawaran dan promosi terkini berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami (juga produk dan perkhidmatan kumpulan syarikat kami seperti Asia Miles dan pihak ketiga) (ii) menghantar dan memaparkan tawaran pemasaran bersama tentang perkhidmatan dan pakej perjalanan kami, program kesetiaan, peraduan dan cabutan bertuah, jualan bebas cukai dan perkhidmatan sampingan seperti insurans perjalanan, pemindahan hotel serta sewaan kereta; atau (iii) menyesuaikan dan menjejaki interaksi anda dengan iklan sepanduk internet dan pautan daripada laman web pihak ketiga ke laman kami.

6.2 Kami juga mungkin akan menggunakan Data Peribadi untuk menganalisis keutamaan pelanggan kami, trend pasaran dan mendapatkan pandangan yang boleh kami gunakan bagi menyesuaikan jenis produk dan tawaran yang kami sediakan untuk anda. Ini mungkin melibatkan gabungan Data Peribadi yang kami simpan tentang penggunaan anda bagi perkhidmatan kami, bersama maklumat yang kami kumpulkan tentang penggunaan laman web anda. Kami juga mungkin menggabungkan maklumat yang dikumpulkan tentang anda dengan maklumat yang kami kumpulkan tentang pelanggan lain bagi mendapatkan pandangan dan membina trend pasaran. Kami juga mungkin memberikan pandangan ini kepada rakan kongsi pihak ketiga dan Asia Miles bagi tujuan pemasaran dan promosi mereka. Kami juga menggunakan perkhidmatan iklan dan produk yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga (seperti agensi pemasaran dan platform media sosial) bagi tujuan pemasaran dan promosi yang mungkin melibatkan kami untuk berkongsi Data Peribadi tentang anda yang kami simpan dengan mereka.  

6.3 Kami mungkin akan menyampaikan pemasaran dan promosi melalui pos, telefon atau dalam talian (termasuk e-mel, melalui alat peranti mudah alih atau iklan sepanduk dalam talian) dan, jika diperlukan dan bersesuaian, kami akan mendapatkan persetujuan anda atau sebaliknya menyediakan anda dengan peluang memilih untuk tidak menerima pemasaran pada masa kami mengumpulkan data anda. 

6.4 Kami akan menyediakan pilihan untuk membatalkan langganan atau memilih untuk tidak menerima komunikasi lebih lanjut bagi komunikasi pemasaran secara langsung yang dihantar kepada anda. Anda juga mungkin boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi ini dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan pada perenggan 8 di bawah.

6.5 Sila maklum bahawa jika anda memilih untuk membatalkan langganan atau memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran, kami akan terus menghantar komunikasi tentang perjalanan anda dengan kami dan perkhidmatan lain yang kami sediakan untuk anda. Jika anda adalah ahli Kelab Marco Polo atau pemegang Akaun Berdaftar, anda juga akan terus menerima e-mel pentadbiran, rumusan akaun dan kemas kini perkhidmatan kami.

 

7. Pemindahan, penyimpanan dan keselamatan Data Peribadi anda

7.1 Keselamatan IT

Tiada pemindahan data di internet, laman web, aplikasi mudah alih atau melalui e-mel atau perkhidmatan pesanan yang lain dijamin selamat daripada pencerobohan.  Walau bagaimanapun, kami mengekalkan kawalan berprosedur secara elektronik, fizikal dan bersesuaian secara komersial bagi melindungi Data Peribadi anda mengikut keperluan perundangan perlindungan data.

Semua Data Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda akan disimpan dalam sistem pelayan selamat milik kami atau subkontraktor kami. Kami mematuhi dasar dan standard keselamatan kami apabila mengakses atau menggunakan maklumat ini dan mengehadkan akses Data Peribadi anda kepada individu yang memerlukannya bagi tujuan sepertimana data tersebut telah dikumpulkan.  Anda bertanggungjawab untuk menyimpan sebarang maklumat sulit yang dihantarkan kepada anda bagi menepati prosedur keselamatan lain yang kami maklumkan.  Khususnya, kami sudah memberikan anda (atau anda telah memilih) kata laluan yang membolehkan anda mengakses bahagian tertentu pada laman web atau aplikasi mudah alih kami, anda diminta supaya tidak berkongsi kata laluan tersebut kepada sesiapa pun.

7.2 Mengeksport Data Peribadi anda

Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke luar negara lokasi yang anda berada, termasuk negara yang mempunyai perlindungan data bertaraf lebih rendah daripada negara lokasi anda.

7.3 Tempoh penyimpanan

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama ia diperlukan bagi tujuan pemprosesan mengikut tujuan pengumpulan dan sebarang tujuan berkaitan lain yang dibenarkan (sebagai contoh kami dikehendaki menyimpan data peribadi lebih lama daripada tujuan pengumpulannya bagi menepati keperluan pengawalaturan tertentu).  Tempoh penyimpanan adalah berdasarkan keperluan perniagaan dan maklumat anda yang tidak lagi diperlukan akan dijadikan maklumat tanpa nama secara kekal dan tidak boleh balik (maklumat tanpa nama akan disimpan) atau dimusnahkan secara selamat. 

 

8. Hak anda dan hubungi kami

8.1 Hak umum

Anda mempunyai hak (tertakluk kepada pelbagai pengecualian dan bersesuaian dengan perundangan perlindungan data di negara anda) untuk mengakses Data Peribadi tertentu tentang anda dan memperbetulkan sebarang ketidaktepatan. Kami mungkin mengenakan caj yang berpatutan bagi pemprosesan sebarang permintaan pengaksesan data mengikut perundangan perlindungan data di negara anda. Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan tentang pemprosesan kami dengan pengawal atur perlindungan data dalam bidang kuasa anda.

8.2 Hak memilih untuk tidak menerima pemasaran langsung

Anda mempunyai hak untuk meminta kami supaya tidak memproses Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung.  Anda boleh menggunakan hak anda untuk mengelakkan pemprosesan seperti ini dengan menyatakan bahawa anda tidak bersetuju untuk menerima pemasaran langsung semasa kami mengumpulkan Data Peribadi anda.  Anda juga boleh menggunakan hak ini pada bila-bila masa selepas kami mengumpulkan dan menggunakan data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung dengan:

(a) mengikuti arahan pilih keluar yang terkandungan dalam komunikasi berkaitan; atau

(b) mengemas kini langganan e-mel anda bagi surat berita Cathay Pacific ATAU untuk surat berita Kelab Marco Polo.

8.3 Mengemas kini maklumat

Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencuba dan memastikan ketepatan Data Peribadi anda.  Untuk membantu kami melakukannya, sila maklumkan kami berkenaan sebarang perubahan pada Data Peribadi anda.

8.4 Hubungi kami

Pegawai Perlindungan Data
Cathay Pacific Airways Limited
6th Floor Cathay Pacific City
8 Scenic Road
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Lantau
Hong Kong

Hong Kong Dragon Airlines Limited
5th Floor Cathay Dragon House
11 Tung Fai Road
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Lantau
Hong Kong

 

9. Penggunaan Cookies pada Laman Kumpulan Cathay Pacific

Laman web kumpulan syarikat Cathay Pacific, termasuk cathaypacific.com menggunakan cookies yang antara lain untuk membantu kami menambah baik pengalaman anda ketika menggunakan laman web kami serta memastikan ia berfungsi seperti yang anda harapkan.  Bagi maklumat yang lebih lanjut tentang penggunaan cookies dan tujuan kami menggunakannya, sila lihatDasar Cookies.

 

10. Pautan ke Laman Lain

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh syarikat pihak ketiga dengan amalan privasi yang berbeza.  Anda perlu tetap berwaspada apabila anda meninggalkan laman web kami dan membaca pernyataan privasi laman web lain.  Kami tidak mempunyai kawalan ke atas Data Peribadi yang anda serahkan atau maklumat yang anda terima daripada pihak ketiga ini.

 

Notis ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan mungkin diterjemahkan dalam bahasa lain. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan untuk notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi yang lain.

Terma dan Syarat ini terakhir dikemas kini pada 25 Mei 2018.

 

NOTA 1 Cathay Pacific bermaksud Cathay Pacific Airways Limited, Hong Kong Dragon Airlines Limited, Cathay Holidays Limited (dan subsidiarinya)